INAI REPUBLIC- TERM & CONDITION

.
TERMA DAN SYARAT-SYARAT PEMBELIAN
.
Selamat datang ke laman Sosial Inai Republic (Facebook). Terma dan syarat ini berlaku untuk Laman Sosial Facebook, Inai Republic ,dimiliki penuh oleh Furaiha Legacy Sdn Bhd, dan semua bahagian Internet, anak syarikat,Aplikasi Whatsapp atau Telegram dan laman Sosial gabungannya yang merujuk kepada Terma dan Syarat ini. bermaksud Inai Republic, sebuah anak syarikat yang dimiliki penuh oleh Furaiha Legacy Sdn Bhd yang diperbadankan di Malaysia dengan nombor pendaftaran 1187225-K dan mempunyai alamat berdaftar di No 6 (M) Jalan SBC 3, Taman Sri Batu Caves 68100 Batu Caves, Selangor
.
.
Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk Inai Republic kami. Selepas anda membeli, bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat tanpa paksaan mana-mana pihak.
.
.
1. Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti produk rosak melebihi 70% sebelum dijual.
.
2. Selepas pembelian dibuat, tiada jaminan wang akan dipulangkan kecuali seperti yang disebut seperti perkara (1). Jika 70% kecuaian kami, produk akan diganti semula selepas menerima gambar aduan (tidak lebih dari tiga hari selepas belian) dan produk rosak dikembalikan untuk semakan.
.
3. Semua urus niaga di Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja.
.
4. Pihak kami tidak menyediakan sebarang perkhidmatan COD (Cash on Delivery), namun pelanggan yang ingin mengambil barangannya sendiri terus daripada pihak kami atau pengedar kami dibenarkan berbuat demikian hanya setelah bayaran atas harga barangan dilakukan dan disertakan bersama bukti pengesahan tanpa melibatkan kos penghantaran (ianya bergantung kepada budi bicara).
.
5. Jika membeli secara online , pastikan nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang/sistem atau mesej pesanan manual. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.
.
6. Sila sertakan bukti pembelian samada upload melalui borang/sistem atau upload melalui whatsapp jika membeli secara online. Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 48jam. sekiranya tiada sebarang maklum balas, sila hubungi Ejen yang anda berurusan.
.
7. Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat. Wang tidak akan dikembalikan.
.
8. Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa proses penghantaran oleh Pihak Perkhidmatan Kurier.
.
9. Kami memerlukan 4-5 hari waktu bekerja, (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, 7 hingga 17 hari masa bekerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama.

Walaubagaimanapun, kami akan memastikan dan cuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah dibuat.
.
10. Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuat pembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kami samada:
.
1. Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru.
.
2. Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai Stokis atau Ejen, kami akan
memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan.
.
11. Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan.
.
12. Jika didapati barang dikembalikan kepada kami semula kerana anda tiada dilokasi alamat yang diberikan atau anda tidak menuntut barang di pejabat pos mengikut tempoh, untuk penghantaran semula anda perlu membayar caj penghantaran disebabkan atas kecuaian anda.
.
13. Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula kepada anda sama ada dalam sampul pos atau transfer ke akaun secara online dan akan dimaklumkan.
.
14. Warna inai pada gambar mungkin sedikit berbeza dari warna asal kesan daripada pencahayaan fotografi atau display monitor resolution.
.
15. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika anda mempunyai alahan yang menyebabkan kerosakkan kulit, rambut dan kuku. Jika terdapat alahan selepas menggunakan produk, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
.
16. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk mematuhi Syarat-syarat Pembelian ini jika kelewatan atau kegagalan tersebut timbul daripada apa-apa kejadian yang berada di luar kawalan munasabah kami. Kejadian-kejadian sedemikian termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kebakaran, banjir, gempa bumi, ribut, bencana alam, peperangan, kekacauan awam, tindakan keganasan atau kerosakan yang berniat jahat yang menimpa atau pemusnahan premis, kelengkapan atau barang-barang kami.
.
17. Segala maklumat anda akan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang sebagai rujukan dan tidak akan diberikan kepada pihak ketiga dan ianya dianggap sulit dan rahsia.
.
18. Jika terdapat masalah yang akan menyebabkan pemulangan wang, proses pemulangan wang mengambil masa selama 30 hari masa bekerja dari tarikh pemohonan pemulangan wang anda.
.
.
Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.
.
Note: terma di atas hanya tertakluk pada
item inai sahaja. Pihak syarikat berhak
mengubah terma berikut mengikut keadaan
semasa.

Sekian terima kasih.