Why Join Us

PERHATIAN! SISTEM INI KHAS UNTUK RESELLER LUAR NEGARA SAHAJA. UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AGENT SAH INAI REPUBLIC DI MALAYSIA, KAMI TELAH BERPINDAH KE SISTEM BAHARU. SILA HUBUNGI MS ZIRA 0189770481 UNTUK MAKLUMAT LANJUT. MOHON MAAF DAN TERIMA KASIH. 

 

HUBUNGI MS ZIRA : 0189770481

 

 

KENAPA ANDA PERLU JOIN PROGRAM USAHAWAN INAI REPUBLIC?

1. Produk yang mempunyai permintaan tinggi, senang jual, harga mampu milik dan keuntungan yang besar.

Keuntungan Free Agent: Sehingga RM 10

Keuntungan Warrior: Sehingga RM 15

Keuntungan Warrior Diamond: Sehingga RM 24

Keuntungan Fighter: Sehingga RM 29

 

2. Produk berasaskan inai daun asli (Henna) dari sumber semulajadi tanpa bahan terlarang, suci untuk beribadah, selamat dipakai tanpa kesan sampingan, tahan lama dan dijamin lima kali ganda lebih merah. Berbeza dengan inai-inai lain di pasaran, Inai Republic merupakan ‘Instant Henna’ yang dihasilkan dan dibancuh khas dengan ramuan bahan-bahan semulajadi seperti Olive Oil, Lavender Oil, Grapefruit Essential Oil dan banyak lagi, sebagai alternatif pewarna kuku(cutex) yang tidak sah dibawa solat. Kesan pemakaian adalah seawal 5 minit sahaja dan mempunyai lebih dari dua warna (pink, maroon dan hitam)

3. Inai hakikatnya bukan sekadar tradisi dan sunnah Nabi, bahkan ianya juga berfungsi untuk merawat dan dijadikan sebagai petua kesihatan. Inai Republic memperjuangkan tema ‘Inai Moden Yang Merawat’ (Modern Treatment Henna) dan mempunyai visi membudayakan inai ke seluruh Malaysia tak kira usia, bangsa dan agama di zaman ini.

4.Inai Republic ada Team yang sangat komited nak bantu USAHAWAN INAI REPUBLIC sehingga berjaya.

5. Bimbingan dan training secara berterusan dari Founder, Boss Syarifah Furaiha dan Co-Founder sendiri Ustaz Azam Azhary dalam aspek bisnes dan kerohanian, 

6. Positive Circle and good support.

6.Reward bagi yang mencapai target.

7.Free E-book dan Modul.

8.Marketing dan Copywriting disediakan.

10.Dapat beli dengan harga lebih rendah.

 

Reseller Terms & Conditions

TERMA & SYARAT AUTHORIZED RESELLER INAI REPUBLIC.

Sila baca dan pastikan anda faham semua terma dan syarat berikut:

1. PENDAFTARAN DAN KEAHLIAN. Semua reseller hendaklah berdaftar dengan syarikat dengan mempersetujui secara dalam talian (online registration) mengikut terma dan syarat yang dinyatakan berdasarkan harga pakej yang ditawarkan (mengikut level). Reseller boleh mendaftar melalui pautan link yang syarikat sediakan.

2. PEMBELIAN MINIMA. Pihak reseller juga wajib membuat pembelian mengikut ketetapan minima (moq) yang terkini mengikut level seperti yang dimaklumkan untuk melayakkan reseller mendapat potongan harga yang ditetapkan. Jika pembelian dibuat tidak mengikut ketetapan minima level, reseller hanya akan dapat membuat pembelian mengikut harga level dibawahnya.

3. HARGA RUNCIT DAN PELARASAN HARGA. Harga semua produk INAI REPUBLIC diwajibkan dijual pada harga rasmi secara selaras yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat demi menjaga reseller-reseller syarikat yang lain. Reseller tidak dibenarkan menjual produk pada harga kurang atau melebihi harga rasmi yang telah ditetapkan. Bagi reseller selain di Malaysia, pihak syarikat juga membuat pelarasan harga bagi negara tersebut. Kegagalan mematuhi harga jualan membolehkan syarikat tersebut mengambil tindakan undang-undang kepada reseller tersebut, serta melucutkan keahlian serta merta jika didapati membuang harga.

3. PROMOSI DAN ACARA(EVENT). Sebarang promosi atau event(acara) yang dijalankan hendaklah mendapat kebenaran pengesahan bertulis daripada syarikat dahulu sebelum dilaksana. Tidak dibenarkan melakukan sebarang promosi atau acara produk tanpa persetujuan syarikat.

4. MENJAGA NAMA BAIK SYARIKAT, PRODUK DAN PENGASAS. Dilarang menfitnah, memburukkan produk, jenama dan menjatuhkan kredibiliti pengasas serta syarikat. Anda boleh disaman sekiranya didapati berbuat sedemikian.

5. Dilarang menjual produk inai lain selain jenama Inai Republic atau sebarang produk yang berasaskan kuku (nail care products) selama anda masih menyertai dan berdaftar sebagai reseller/team Inai Republic.

6. Sekiranya anda telah berhenti menjadi reseller syarikat, anda tidak dibenarkan untuk menjual sebarang produk berasaskan inai dan penjagaan kuku serta apa sahaja produk berasaskan kuku (nail care products) selama 2 tahun.

7. Reseller tidak dibenarkan mengambil stok (restock) selain daripada upline asal reseller. Reseller tidak dibenarkan berpindah kepada upline lain selain upline asalnya melainkan dengan sebab-sebab tertentu dan mendesak serta setelah mendapat kebenaran bertulis daripada syarikat. Pihak reseller dikehendaki membuat rayuan dan menyatakan sebab kenapa perlu menukar upline (untuk tindakan syarikat)

8. Reseller boleh di ‘downgrade’ kan (mengikut sistem) jika tidak mencapai kpi atau boleh memohon untuk ‘upgrade’ apabila telah mencapai kpi.

Nota: Pihak syarikat berhak mengubah terma berikut mengikut keadaan semasa dan memaklumkan kepada pihak reseller. Sekian terima kasih.

By clicking ‘continue’ bermakna anda telah bersetuju dengan semua syarat diatas. 

Continue »
By clicking the Continue button, you agree to our Terms and Conditions.